Sunday, April 3, 2011

aku rindu ingin kembali di bawah pimpinan seseorang-

salam mujahadah,

ternyata kini amat kecewa. Dibelenggu perasaan yg tidak langsung menunjukkan sifat kepositifanku. atas satu sebab, terkilan dengan pemimpin semasa.

INTeC, satu tempat yang terasing bagiku, berlainan biah dan variasi fikrah dijadikan hujah aku kata begitu, Dulunya aku dipupuk dgn jiwa leadership dan alhamdulillah keluaran sekolah bernama SEPiNTAR ini ingin terus ke hadapan..


di situ, aku dipilih untuk bersama dalam sinergi 1 organisasi yang utama kt sana,bersama rakan seperjuangan gerangannya Aufa. pemilihanku tidak mengikut prosedur, dipilih atas dasar kuasa autoriti pemimpin, berbeza dgn yang lain mengikut demokrasi sekadar ingin menemani aufa yang dipilih menjadi orang kedua terpenting, itu hasratku untuk berada dalam organisasi. tidak lebih dari itu.

bukan menilai dari atas kaca mata membuta tuli, tapi adalah pengalaman berkhidmat di bawah pimpinan seseorang dahulu. aku sedar setiap manusia berbeza kerenah dalam memimpin tapi adakah segalanya berbeza dan atas sebab apa ada perbezaan itu??

kurang ilmu??? ya dan itu boleh ditingkatkan... kurang pengalaman??? ya dan itu kita boleh belajar melalui pertanyaan dan perbincangan... kurangnya sikap??? ya dan itulah kunci sebenar yang perlu dicari dalam misi menjadi pemimpinn sebenar.

sikap terlalu defensif, mempertahankan idea dalam memberi pendapat, langsung tidak memberi ruang untuk utk orang lain utarakan pendapat.. adakah itu elok???

anda kata anda bersama kami dalam melaksanakan kerja,'bersama'... define term ' bersama' ... bersama kami dalam melakukan kerja, atau bersama kami hanya untuk melihat, ye mungkin memantau, tapi adakah salah kalau pemimpin bersama untuk tolong kami dalam kerja ini, x kisah walaupun dalam kerja yang mengeluarkan peluh jantan ckit... tapi maaf kalau saya kata anda kurang lagi dari segi itu..

saya memahami anda ialah ketua, tapi klau anda ikut kepala anda shaja, bagaimana pula dengan kami di sini, pernahkah anda terfikir, sehinggakan anak2 buah anda ada yang ingin memberontak, bertindak utk keluar dari organisasi, tinggalkan anda sorang2 dalam membuat kerja hingga ke akhir??? masakan pokok boleh bergoyang klau tiada angin.

buang2 la sikap kroni dan obsessi trhadap sesuatu lagi2 dalam memimpin, anda hanya memandang berat pada sebahagian pihak, tetapi yang lain dibiarkan dan tidak dihiraukan langsung, mgkin mereka ada masalah, di situlah ketua ada untuk membantu bukan lagi membuang mereka..

(istifar)... anda bagus ada karisma, bukan nak menyatakan ada buruk dalam serba serbi, tapi kekurangan ini yang membuat anda membunuh potensi dan reputasi sebagai pemimpin.

-------------------------------------------------

sudah tiba masanya, utk kita duduk dalam 1 meja bulat, bukan perjumpaan biasa tapi objektifnya untuk membetulkan salah silap dalam memimpin. x salah utk saya kata pemimpin menerima teguran orang lain dan meminta maaf atas kesilapan. jatuh ke ego kita?? ambik pengajaran dari kisah khalifah umar al-khatab..

shift ur paradigm dalam memimpin, dan ambillah konflik yang berlaku skrg ni sebagai ujian dalam memimpin dan petunjuk untuk kita berubah, aku x kata anda shaja, tapi aku guna kita, sbb aku pun manusia biasa.

-----------------------------------------------

aku rindu untuk berkhidmat bersama insan yang aku sanjungi sehingga kini, bukan setakat pemimpin di sekolah mahupun di DQ, tapi masih lagi pemimpin dalam kehidupan sahabat-shabatnya yang sudah berjauhan dengannya ... apabila ditanya dan diamati, pimpinannya dulu x ubah persis mengikut cara pimpinan rasulullah dalam menjadi leader. aku pun terus begitu...


exco dalam kenangan

aku x pandang exco ini hanya skadar organisasi, tetapi tempat di mana sahabat seperjuangan ikhlas dalam membanting tenaga demi perjuangan.


jadilah pemimpin kerana mencari keredhaan-Nya, bukan kerana mencari NaMa~ :)

5 comments:

faradeeba said...

Cabaran mematangkan diri..sabar je la ye..

zayed said...

lain padang lain belalang, namun tujuan hidup belalang tersebut sepatutnya same...

hilmi said...

aku pon rindu.

T_T

mr aufa said...

pabila berpaksikan ketua yg tidak menjadikn asas islam itu sbgai tonggak dm memmpin maka,,,(smbung sendiri)
terima kasih alif ats supprt anda:)

Mim Jamil said...

Kesilapan itu mematangkan, elok sekiranya ditegur secara berdepan.